Friday, October 03, 2008

RIANG RIA DIHARI RAYA



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu, saya menyambutnya di rumah emak. Beliau masih sihat walafiat. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana beliau masih sihat dan sentiasa mendoakan agar Allah s.w.t. lanjutkan usianya serta di kurniakan kesihatan yang baik.



Seperti biasa pada tahun ini semua saudara berkumpul di rumah emak. Kecuali yang berkahwin dengan orang jauh. Ada yang beraya di di Sabah dan Kelantan. Mereka ni dah balik awal-awal lagi.

Pada pagi hari raya, rumah emak menjadi sasaran anak cucu. Selepas sembahyang sunat hari raya rumah emak menjadi riuh rendah dengan suara anak cucu. Baik yang besar mahupun yang kecil semuanya berkumpul di sini. Sungguh ceria sekali suasana kali ini. Masing-masing dengan pakaian baru penuh warna warni.









Seperti kelazimannya, acara bersalaman antara saudara mara di adakan. Dimulakan dengan dengan bersalaman dengan emak. Selepas itu diikuti dengan saudara yang sulung dan dikuti yang dibawahnya.




Kesemua anak dan anak anak saudara brsalaman dan pohon ampun dan maaf. Yang paling ditunggu oleh anak-anak saudara ialah duit raya. Selesai bersalaman, duit raya dihulurkan. nampak begitu gembira sekali mereka bila menerima duit raya ini.

Kalau dulu duit raya yang di hulurkan hanya RM0.50 sen sahaja. Tetapi kini nilai yang paling kecil ialah RM1.00.

Setiap keluarga akan menunggu giliran untuk bersalaman dengan sanak saudara.


Ada juga saudara yang tak sempat nak pakai kain songket di pagi raya. Terpaksalah mintak bantuan anak untuk dipakaikan.






Tradisi keluarga kami yang berlangsung dari dulu hingga kini ialah, mereka yang tidak bekerja masih diberi duit raya. Walaupun sudah remaja.

Ini keluarga Wan Mara Hakim. Anak-anak saudara bersalaman dengan beliau.

Nurul senyum terima duit raya Ayah De...sebab RM banyak...Gitu juga Noni..Biasalah..Ayah De..Sentiasa besar RM nya...




Kadang-kadang tu bila dah lama sangat menunggu giliran, tekak memang terasa haus dan dahaga. Minuman sentiasa di sediakan di atas meja. Bila-bila masa sahaja boleh minum...Nurul dan Badrul ni adik beradik...






Di hari raya inilah peluang anak-anak dan saudara mara untuk bersalaman dan memohon kemaafan dari kedua ibu bapa. Sifat terpuji begini patut diteruskan walaupun zaman terus beredar. Adat dan budaya yang baik patut dikekalkan agar ia tidak hilang begitu sahaja.

Anakanda mohon ampun dan maaf dari Abah. Segala dosa anakanda harap di ampun..ye abah.






Anak yang baik...ciuman sayang untuk bonda dari anakanda..Jasa bonda akan anakanda kenang sepanjang hayat..Kakak yang paling sulung, Kak Midah begitu rapat dengan anak-anaknya..Noni sayang kat bonda...










Acik Na dan Manan serta anak-anak menghulur duit raya kepada Noni. Kali ni tentu banyak duit raya. Tahun lepas dapat untung buat kuih banyak juga..harap tahun ini untungnya lagi banyak...











Keluarga Acik Ma tak ketinggalan bersalam dengan anak-anak saudara. Yang kelihatan dalam gambar hanya Acik Ma dan Baby saja. Mana perginya Aah dan Ipie...Tak bersalam dengan Umie ke....













Tradisi keluarga kami, walaupun dah besar anak-anak saudara yang masih belum bekerja masih menerima duit raya.seperti Noni dan Nurul..Mereka ni masih belum bekerja... tak malu ke terima duit raya...













Bersalam dengan Abah...Noni ni manja sangat dengan abahnya..Walaupun berada di UITM Shah Alam, sering kali berhubung dengan abah..terutama kalau ada masalah..anak abah katakan.. Ampunkan dosa Noni abah ye..l






















Nj...anak saudara yang sentiasa bergaya..ni bukan apa..nak tunjuk cincin baru yang dibeli Umie lah tu...





Dalam dok sibuk-sibuk dengan suasana hari raya sempat lagi mereka ni dengan handphone masing-masing...mereka ni sebenarnya sedang ber SMS dengan pak we mereka. ..Pak we mereka ni tak dapat datang ke rumah..sebab kena bertugas di sempadan Thailand..tak dapat cuti...tengok tu muka sedih belaka...





Keluarga Kak Dayang dan Abang Mat ambil giliran pula...Kalau boleh tahun ni Nani nak duit raya lebih sikit Ma...Tahun lepas tak cukup..hanya sekadar cukup untuk top-up hp je... tahun ni kalau boleh beli handphone baru cukup la...boleh ye Ma..









Semasa kecil-kecil begini sudah diasuh agar menghormati orang tua...Syamin bila dah besar nanti jadi orang baik-baik ye....Senang hati umie yang tersenyum melihat anaknya bersalam dengan Long..














Pak Manan dan Acik Na biasanya beri duit raya dalam jumlah yang banyak...maklumlah tahun ni bisnes cukup ok..walaupun dalam kegawatan ekonomi...bisnes mereka berdua ni lancar...kalau dah gitu...kena bagi duit lebih skit lah pada anak saudara ye...mudahan tahun depan bisnes bertambah maju...










Tak tahu apa yang gelak sangat tu..maklumlah di hari raya ni kita mesti bergembira kerana kemenangan melawan hawa nafsu sebulan di bulan Ramadhan...Kay pun beri duit raya juga pada Yen...begitulah tradisi keluarga kami ni....







Sempat juga berpaling ke arah kamera..Bersalam dulu..lepas ni Kay akan bagi duit raya...Biasalah anak-anak saudara ni begitu akrab dengan bapa saudara...Maklumlah ayah dah tiada...Dengan siapa lagi nak bermanja..semestinya dengan bapa saudara lah ye....










Di antara tiga teruna ni, siapa yang paling handsome. Mereka ni sepupu. Hubungan mereka sangat rapat. Maklumlah umur sebaya...Cita-cita mereka cukup tinggi...nak jadi angkasawan..teruna bertiga ni cukup rajin...belum disuruh dan buat..nenek mereka sayang kat mereka bertiga ni..Doakanlah mereka ni menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat...






Mr. Kamarul..belum kahwin...masih teruna tang-tang..Tahun ni merupakan tahun pertama Kamarul menghulur duit raya..sebab dia dah bekerja...dia ni tak lama menganggur...mungkin rezeki dia..lepas tamat pengajian, terus dapat pekerjaan...syukur..tahun depan mungkin berdua kot..kita pakat doa lah ye....




Ni dia pasangan baru yang bahagia...Baru je kahwin...tahun ni masih berdua..harap raya tahun hadapan bertiga pulak lah ye...Ja dan Ana ni bekerja kat Rawang...Tahun ni pasti banyak beri duit raya...mudahan murah rezeki ye...kalau beri banyak kepada kanak-kanak tentu berkat..Allah akan balas dengan berkali ganda....terima kasih Ja...








Tak kira kecil besar...semua Ja akan kasi duit raya...yang besar tentu banyak...dan sikecil sikit...jangan dengki tau...Tahun depan si Ipie ni dah tak leh terima duit raya..sebab dia dah boleh kerja...habis belajar...tahun ni tahun terakhir dia terima duit raya....










Kalau Aidi dan Baby tak bersalam, Ja tak kasi duit raya....Kena bersalam dulu...Lepas ni Aidi pekena susu botol..mintak botol susu dengan mama...Ja nampak suka sangat dengan kanak-kanak... tentu bawakan budak ni...kena tanya Ana..betul tak...












Mak bonda tak kalah dengan anak dan cucu...mari beratur semua cucu-cucu nenek...nenek nak bagi duit raya ni...kalau boleh banyak lah skit duit raya tu pada cucu-cucu tu nek..nanti cucu-cucu sayang pada nenek nanti...











Beratur....Jangan potong barisan...Siapa yang potong barisan, keluar dari senarai penerima duit raya...Biar si kecil dulu ye..yang besar-besar kat belakang..Awar tak sabar nak terima duit raya...begitu juga dengan Kak Long, Kay dan Yen...Lepas ni kita pakat kira duit ..siapa yang dapat kumpul duit raya paling banyak dikira pemenang...hadiahnya ialah, pemenang kena belanja makan kat KFC...yahooooo...









Badrul...mancho guy...masih bujang trang tang-tang...pertama kali beri duit raya...maklumlah dah bekerja...kalau tak beri duit raya tahun ni..memang kena kutuk habis lah...nasib baik beri duit raya...selamat kau Badrul...tahun hadapan tak pasti samada masih solo atau berpasangan...tak nampak riak nak kahwin pun lagi...dia ni pemalu skit...




Hai.. Baby dan Saerah ni nak beraya ke atau nak berposing...ada nampak macam model tak..








Haaa ni dia cucu nenek yang baik...Angah ni memang suka tolong neneknya...sebab tu lah nenek sayang kat dia...nak tahu tak...nenek bagi duit raya kat dia ni lebih dari cucu-cucu lain noo...jangan dengki lah weeee...sebab dia rajin tolong nenek.....cucu-cucu lain tu kalau nak duit raya lebih mesti tolong nenek...ikut macam Angah ni...sejuk hati ibu mengandung...












Tahun ni Ayah De bagi duit raya berapa RM haaaa..Kalau tahun lepas dia kasi banyak...harap tahun ni jangan kurang daripada tahun lepas...standard kena jaga Ayah De...jangan jadi koman...dengar khabar bisnes ok...Ainudin dan Saerah harap bersabar ye...tak kisah berapa RM Ayah De nak kasi...rembat aje...









Ni yang paling best...orang dok sibuk terima duit raya Aidi ni dok sibuk jaga mata...Aidi ni memang kuat kerja..semalam dia ni bakar satay hingga ke pagi..sebab tu lah pagi ni mengantuk sangat...tak kisah orang nak bagi duit raya..yang penting Aidi dapat tidur sepuas-puasnya...









Hai Aidi...tak nak bersalam dengan Pak Manan ke...Aidi tak nak duit ke...Pak Manan bagi duit banyak tu...kan Aidi menyesal nanti..baik Aidi bersalam dengan Pak Manan...













Abang Cik dah bersalam dengan Ja..tapi tak dapat duit raya...macam mana ni Ja..tak boleh jadi ni...Ja dah bangkrup ke..jangan gitu ja...apa pun Abang Cik tetap senyum...walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu...sabar ye Abang Cik...






Kepada para pembaca sekelian..
pohon maaf jika paparan ini tidak menyenangkan tuan/puan...paparan ini saya tujukan khas kepada keluarga saya...sebagai ingatan kepada mereka sempena hari raya tahun ini...jika ada yang tersinggung saya menyusun sepuluh jari pohon kemaafan...WASSALAM.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN

























3 comments:

SyazLina said...

salam hari raya..wah achik ya..lawa2 picture raya..bleh jadi photographer profesional ni..amin!!! semoga ditahun2 yg akan datang kiter bleh kumpul picture raya ngan lebih banyak lg..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..dari -noni syazlina-

zakaria abdul hadi said...

terima kasih noni kerana noni sudi bertandang ke anjung ni..anjung ni khas untuk kaum kerabat kita..itu kalau mereka sudi bukak..Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Noni..selamat belajar...

Unknown said...

Salam... sy bkn kaum kerabat. cuma sahabat & pautan ke blog ni sy dpt dr blog sdri indah hairani. 1 jer nak komen kat sini... red & purple fort kurang sesuai dgn backgroud. takut merosakkan mata. green flrcnt mungkin lebih sesuai.
Wassalam