Monday, May 31, 2010

MIE KODIN...TAK SERIK CANDAT SOTONG...

Kawan saya yang sorang ni memang kaki pancing dan kaki candat...lambat sebut candat aje...dia orang pertama yang nak joint...tahun lepas beliau pernah janji tak nak turun kelaut lagi..ini kerana beliau alah dengan bau hanyir sotong....tak boleh bau sotong...rasa loya...tapi tahun ini beliau alah dengan ajakan geng-geng..sebagai orang lama mie kodin memang hebat...walaupun pada awalnya beliau tewas dengan keganasan ombak laut, tapi akhirnya berjaya juga beliau mendapat sotong....tahun depan kita ke laut lagi ye...jangan serik-serik bersama kami ye..

HAJI ZOL..SERONOK DAPAT SOTONG...

Haji Zol, sorang lagi geng saya yang dahagikan candat sotong...bekas pegawai tentera..yang mahir selok belok dalam hutan...tapi rupanya mahir juga di laut...boleh tahan jugak tuan haji kita ni mencandat sotong...walaupun beliau tumbang semasa gelombang dan ombak besar, namun semangat seorang pejuang tidak pernah luntur dalam dirinya...beliau bangkit untuk menghulurkan tali candat walau pun baru saja isi perut termuntah keluar...pada malam itu, beliau dapat sotong banyak juga...tahniah di atas kecekalan tuan haji...

POK SU...RAJA CANDAT SOTONG...

POK SU...RAJA CANDAT SOTONG....
Sebut saja mencandat sotong....teringat saya kepada seorang kawan yang lebih mesra dipanggil Pok Su oleh rakan-rakan sekerja.beliau ni memang mahir mencandat..cukup rajin dan tekun menghenjut tali candat...tak tidur hingga ke pagi ...dan tak berganjak dari tempat beliau labuhkan tali candat...sungguh setianya dia ni..itulah petuanya beliau sentiasa dapat sotong yang banyak...sentiasa menjadi jaguh...beliau mula berkawan dengan laut sejak kecil lagi..hingga kini masih berkawan dengan laut..jiwanya adalah laut...pok su...lain kali kita mencandat lagi ye...
BESTNYA MENCANDAT SOTONG
Sotong berjaya dinaikkan dengan menggunakan candat umpan..

Bestnya dapat sotong yang segar begini...


Ini lah rezeki yang saya dapat...

Pada kesempatan bulan purnama yang lalu, saya bersama tujuh orang geng yang gila-gila mencandat sotong telah meredah Lautan China Selatan semata-mata untuk menjinak tok janggut..Hj Noor, Sabri, Hj. Zol, Pijol, Mie Kodin, Pak Su dan Madi adalah geng mencandat saya..
Kami bertolak dari jeti Kampung Hiliran (Bawah Jambatan Sultan Mahmud) pukul 6.00 petang. Setelah berjuang dengan gelombang dan ombak yang agak besar sejurus keluar dari Kuala Sungai Terengganu, kami berjaya labuhkan bot pukul 7.00 malam. Hujan mula turun dan gelombang masih kuat.

Seorang demi seorang geng mula tersungkur. Pijol paling awal. Haji Zol dan diikuti Mie Kodin. Pijol juara. Dari petang hingga pagi esok, dia masih tak sedar diri. Candat kemana, sotong entah kemana...

Keseluruhan geng kami memperolehi lebih kurang 30 kilo. Itu dah dikira banyak bro..Ada juga kumpulan bot lain yang dapat 1 kilo..kesian mereka...

Kami puas hati dengan program mencandat itu...seronok...kalau bro berkunjung ke Terengganu, jangan lupa gi mencandat sotong...dapat sotong yang besar-besar..best nya...