Monday, February 08, 2010

PUNCAK GUNUNG GAGAU...AKHIR NYA KU TAWAN...


Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai XPDC mendakai Gunung Gagau yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu. Sudah lama saya impikan untuk menawan puncak gunung yang setinggi 1376 meter dari paras laut tersebut. Dek kerana kekangan waktu dan peluang, ia berlalu begitu sahaja.

Peluang yang terhidang kali ini saya ambil sepenuhnya. Untuk menawan puncak sesebuah gunung bukan satu perkara mudah. Banyak persediaan yang perlu di lengkapkan. Yang paling penting ialah kekuatan fizikal di samping kekuatan dalaman. Untuk memantapkan diri, latihan-latihan yang berkaitan perlu di lakukan. Lebih kurang satu minggu saya berjogging di Taman Awam, Batu Burok.

Puncak Gunung Gagau terletak di sempadan tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan. Ia termasuk di dalam kawasan Taman Negara. Gunung Gagau menjadi terkenal kerana setiap tahun KETENGAH mengadakan Gagau Challenge yang disertai oleh pendaki dari dalam dan luar negara.

XPDC kali ini turut disertai oleh beberapa orang wakil daripada jabatan kerajaan seperti RELA, JPA3, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, sekolah menengah sekitar Hulu Terengganu, persatuan belia dan yang paling membanggakan ia mendapat kerjasama TV3 yang menghantar 5 orang krewnya.

Perjalanan bermula dari jeti bot Tasek Kenyir. Para peserta menaiki bot pelancong dan destinasi pertama yang kami singgah ialah di Gua Bewah. Di sini kami dapat menyaksikan peninggalan tapak galicari arkeologi yang telah dilakukan oleh Muzium Negeri Terengganu beberapa tahun dahulu yang sengaja ditinggalkan untuk tatapan para pelawat. Saya difahamkan, di sinilah sejarah tamadun awal di Negeri Terengganu bermula dengan bukti penemuan beberapa artifak peninggalan zaman hoabinhean.

Setelah meninggalkan Gua Bewah yang kaya dengan peninggalan pra sejarah, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Cicir. Di sinilah base camp XPDC kami. Keesokan hari, pukul 8.30 pagi, kami memulakan pendakian. Pada tahap ini, pendakian kami tidak begitu tinggi. Namun begitu, salah seorang dari kami mula terduduk serta menampakkan kepenatan yang teramat sangat. Memandangkan tubuh beliau yang agak besar dan perjalanan masih jauh, beliau dinasihatkan agar tidak meneruskan perjalanan. Beliau dibawa turun ke Base Camp oleh pasukan JPA3 dan RELA yang bertugas. Di wajahnya menampakkan kekesalan kerana impian untuk menawan puncak Gagau kecundang di awal pendakian. Kami yang lain meneruskan pendakian dengan lebih bersemangat.

Pendakian kami terpaksa dihentikan di Sungai Pakchau memandangkan kami tiba agak lewat dan ada peserta yang cedera. Sepatutnya kami bermalam di Base Camp Sungai Cicir yang perjalanannya mengambil masa selama 3 jam lagi dari Sungai Pakchau. Yang paling menarik di sini ialah air sungainya yang jernih dan cukup bersih. Ada setengah daripada kami yang mengambil kesempatan untuk memancing di sungai ini.

Awal pagi, pukul 8.30 pagi kami memulakan perjalanan dari kem Sungai Pakchau menuju ke puncak. Kami sepatutnya tiba di puncak Gagau pada pukul 3 petang kerana kami terpaksa turun semula ke kem Sungai Pakchau.

Pendakian kami berjalan lancar. Keadaan tanah yang agak mendatar melancarkan perjalanan kami. Kami tiba di Base Kem Sungai Cicir agak lewat. Dari sini kami teruskan perjalanan dengan tidak membawa beg galas yang besar. Hanya sekadar membawa beg kecil berisi makanan dan alat memasak.

Dari sini perjalanan agak mencabar. Pendakian semakin tinggi. Suhu sudah mula terasa banyak berubah. Sudah agak sejuk terutama bila terkena hembusan angin. Pokok-pokok balak yang besar sudah tidak ada lagi. Hanya pokok-pokok yang berdaun kecil beserta dengan lumut mula kelihatan. Yang menariknya, setinggi ini pun, tapak gajah baru yang melalui jalan jelas kelihatan. Gajah-gajah ini mencari rezeki hingga ke puncak Gunug Gagau.

Kami hanya berhenti makan di tengah perjalanan sekejap saja. Sekadar memakan roti dan memasak mee segera. Kalau dah tak ada makanan, semuanya sedap. Kesian bagi mereka yang tidak membawa sebarang makanan. Mereka tidak membawa sebarang bekalan dek tersilap maklumat. Terpaksa kami catu makanan untuk mereka. Dalam kaeadaan begini, sifat penting diri sendiri tidak patut ada pada para pendaki. Bantu mereka yang memerlukan bantuan.

Perjalanan diteruskan lagi. Pemandangan laluan semakin cantik. Seperti berada di luar negara. Jalannya agak mendatar sahaja. Tidak ada bukit tinggi. Tidak lama kemudian, tedengar bunyi sorakan mereka yang dihadapan. Tanda mereka sudah sampai ke Puncak Gunung Gagau. Saya semakin gagah melangkah.

Tepat jam 4.00 petang saya tiba juga akhirnya di Puncak Gunung Gagau yang telah lama saya idamkan. Syukur kepada Allah. Di sini terdapat tanda ketinggian gunung ini. Dari sini saya boleh lihat banjaran-banjaran gunung lain yang berada di Pahang dan Kelantan. Masing-masing sibuk merakam gambar. TV3 juga tidak ketinggalan membuat rakaman video. Yang pasti En. Hazran dan En. Junaidi Subuh dari TV3 akhirnya sampai juga ke puncak. Tahniah kepada mereka yang berjaya sampai ke puncak. Kepada kawan-kawan, terima kasih di atas bantuan dan sokongan. Kepada Lt. Muda Zakli Ahmad dari JPA3, setinggi penghargaan dan terima kasih kerana bersusah payah menggalas beg sehingga ke puncak.

Kami terpaksa turun jam 5 petang. Dan yang pasti kami tiba jam 11 malam ke Base Kem Sungai Pakchau. Berjalan di malam hari. Sungguh seronok dan teruja.
Pagi esok, kami mula mengatur langkah meninggalkan bekas di Base Kem Sungai Pakchau menuju ke Tasik Kenyir. Menanti kami di sana ialah bot-bot yang akan membawa kami ke Pangkalan Gawi. Maka dari situ bertebaranlah kita membawa haluan masing-masing.
Hingga kita jumpa lagi di lain peluang. Salam hormat dari saya.


SAKSIKAN FOTO

Urusetia memberi taklimat di Pangkalan Gawi
Menaiki bot laju. Seronok betul

Peserta di Pejabat Taman Negara Tanjung Mentong.



Tangga ke Gua Bewah



Seekor ular kapak di muka Gua Bewah


Aksi jurugambar TV3. Syabas.


Tiba di base kem Sungai Cicir


Kain rentang program di Base Kem Sungai Cicir.

Selepas senaman pagi, doa dibaca untuk memulakan pendakian.


Ahli kumpulan. Dari kiri: Mr Ambak, Ambe, Lt. Muda Zakli dan Mr. Rozi.
Yang berisi tu, Midi sampai ke puncak. Dinasihatkan turun dan Gee

Dah tak leh teruskan lagi.


Guna tali untuk mendaki


Lt. Muda Zakli berehat kat Sungai Pakchau.



Sempat juga mencari udang di Sungai pakchau. Esok boleh campur dalam mee.


Sejuknya air Sungai Pakchau. Kena mandi. Kalau tak, badan berbau.

Hilangkan haus ditepi sungai. Najis gajah masih baru.








Ini ialah batu tanda sempadan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang terdapat di puncak Gunung Gagau.












Beratur panjang untuk bergambar di sempadan tiga negeri.














Ni lah di kumpulan kami. Semuanya sihat-sihat belaka. Selepas bergambar kita berangkat pulang ke Base Kem Sungai Cicir.
Ini adalah pemandangan biasa. Setiap pendaki mesti melalui pengalaman digigit pacat. Buatlah amal jariah. Sudah lama pacat-pacat kat gunung tak hirup darah manusia kota.....
Semasa berehat di Base Kem Sungai Cicir. Bermula dari sini pendakian agak teruk hingga ke puncak.
Ini bukan krew TV3. Tapi nak promosi TV3. Terima kasih kepada TV3.
Peristiwa yang seboleh mungkin perlu dielakkan kepada pendaki. Seorang peserta wanita pengsan semasa turun. Nasib baik ia berlaku berhampiran dengan base kem pertama Sungai Cicir. JPA3 dan RELA usung ke bawah.
Terpaksa berjalan dalam kegelapan berpandukan lampu suluh. Kerana lewat turun dari puncak, peserta berjalan di malam hari ke Base Kem Sungai Pakchau...pukul 11 malam baru tiba di kem.
Kelaparan. Berehat di Base Kem Sungai Cicir setelah turun dari puncak. Yang ada hanya mee segera. Rembat saja lah...Ketika ini semuanya sedap. Sekali pandang macam iklan mee segera.SRUUUUUUPPP!!!!!
Mr Junaidi Subuh dari TV3 ni lain sikit. BIla tiba di puncak, perkara pertama di lakukan ialah tidur.Bukan tidur olok-olok. Sampai mengeruh...
Inilah dia pemandangan yang jarang dapat dilihat. Pemandangan di puncak Gunung Gagau. Entah bila pulak boleh sampai ke sini. Ini merupakan kenangan sepanjang hayat saya...
Di puncak Gunung Gagau, terdapat batu tanda ketinggian yang di bina oleh PERHILITAN. Puncak gunung ini tidak begitu luas. Ia dipenuhi dengan pokok paku pakis. Ketika cuaca baik, boleh kelihatan gunung-gunung berhampirannya. Hawanya agak sejuk dan nyaman.
"SELAMAT DATANG KE PUNCAK GUNUNG GAGAU". Terima kasih kerana sambut kami dengan mesra sekali. Kepenatan boleh hilang bila sampai dipuncak ini..
Ini yang best..Sempat juga bergambar dengan krew TV3..Mr Hazran, Junaidi Subuh..Yang pasti gambar kita orang masuk Buletin Utama TV3 tau..Terima kasih TV3...
TAHNIAH!!!!!AKHIRNYA IMPIAN DAN CIT-CITA YANG TERTANGGUH SELAMA INI TERCAPAI JUA...PUNCAK GUNUNG GAGAU BERJAYA KU TAWAN.....