Wednesday, July 30, 2008

DAPAT BERSAMA RAFFLESIA


Sebagai anak Terengganu, terasa begitu gembira dan bangga kerana negeri ini juga termasuk di dalam senarai negeri-negeri yang mempunyai Rafflesia. Penemuan Rafflesia di Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun membuktikannya. Kesempatan bersama dengan Rafflesia yang sedang kembang mekar merupakan detik dan saat yang tidak dapat dilupakan. Ditambah lagi dapat bersama dengan pakar Rafflesia dari UKM Bangi, Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh mencetuskan rasa keinsafan bahawa alam semulajadi negeri Terengganu perlu dijaga dengan baik. Kalau di Sabah, Rafflesia merupakan punca rezeki segelintir rakyatnya, mengapa tidak di Negeri Terengganu juga. Kepada Prof. jutaan terima kasih diucapkan di atas usaha-usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan yang membawa kepada penemuan ini.
XPDC yang diadakan pada 18 Ogos 2005 di ketuai oleh Prof. KMS, berjaya menyaksikan Rafflesia Cantleyi sedang mekar kembang. Sepanjang hidup inilah pertama kali dapat menyaksikan Rafflesia sedang kembang di bumi Negeri Terengganu ini.Ia akan disimpan dalam kenangan seumur hidup.

2 comments:

Indah Hairani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zakaria abdul hadi said...

Saya jemput sdr untuk bersama kita ke jelajah hutan rimba. di sana nanti sdr tentu banyak mendapat idea dan ilham untuk menghasilkan karya-karya.tempat sebegitu sungguh damai dan tenteram..kalau nak ikut boleh aje..mungkin novel berkaitan dengan rafflesia boleh dihasilkan.. tk..