Thursday, July 31, 2008

GOLF TERENGGANU MASTERS 2008


Sebagai seorang anak jati Terengganu, kegembiraan tergambar di wajah bila mana Kejohanan Golf Terengganu Masters diadakan di Tuanku Mizan Golf Country Resort. Kejohanan ini bermula pada 28 hingga 31 Julai 2008. Yang menjadi kebanggaan saya ialah Persatuan Golf Terengganu (PGT) telah berjaya membawa beberapa orang pemain professional dari Thailand, Filipina, New Zealand, Korea serta tidak ketinggalan pemain professional negara bermain di negeri ini. Yang pastinya Terengganu tidak ketinggalan dalam penganjuran sukan elit ini dan ia termasuk dalam senarai destinasi peminat golf untuk bermain golf di negeri ini. Peluang ini perlu diambil oleh Kelab-kelab Golf yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu untuk mempromosikan kelab masing-masing agar peminat golf dapat membanjiri padang golf di negeri ini. Jika mereka sudah mengambil langkah tersebut, tahniah dan teruskan usaha tersebut sehingga Terengganu menjadi tumpuan para peminat golf dari seluruh Asia kalau tidak dunia. Berbalik kepada kejohanan ini, satu tafsiran boleh diambil di sini iaitu pemain-pemain atau peminat golf di sekitar Kuala Terengganu tidak berminat untuk menyaksikan kejohanan ini. Sepanjang tinjauan ke lokasi didapati hanya beberapa penonton yang hadir memberi sokongan. Itupun terdiri daripada AJK PGT sendiri. Sehubungan dengan itu pihak penganjur perlu mencari jalan untuk mengatasinya walaupun prkhidmatan bas bandar disediakan, pemasangan banting dan banner di sepanjang jalan utama di bandar ini. Akhir kalam "Sekalung Tahniah" kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan PGT di atas kejayaan penganjuran kejohanan ini.

1 comment:

Coleoptera said...

Ucapan jutaan terima kasih kerana sudi singgah di anjung saya ni walaupun ia tidak sehebat seperti anjung sdr.kita tak popular dan terkenal..beza dengan sdr..kalau sdr sudi singgah itu satu penghormatan buat saya ..Terima kasih banyak-banyak..